Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peraturan baru untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan diwartakan Rabu depan, mewajibkan ia digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE Perkara itu diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya, Datuk Seri Maximus Ongkili ( kanan ).

"Ia akan diwartakan pada 15 Februari dan sedia untuk dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu petang ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, memberitahu pemberita selepas sidang akhbar tersebut bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula melatih kakitangannya menggunakan dakwat kekal mulai bulan Mac.

[Baca berita lanjut]

ADS