Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Debat Soi Lek dan Guan Eng 18 Feb
Diterbitkan:  Feb 9, 2012 9:41 PM
Dikemaskini: 11:38 PM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan berdebat mengenai isu berkaitan masa depan politik kaum Cina di negara ini pada 18 Februari ini.

    

Dr Chua berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat dengan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada salah satu sesi sempena forum sehari mengenai masa depan politik kaum Cina di Malaysia di sebuah hotel di ibunegara.

    

Katanya beliau menerima pelawaan berdebat itu yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan kumpulan pemikir MCA, Institut Analisis Stategik Dan Penyelidikan Dasar (INSAP).

"Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau (Guan Eng) kerana menerima jemputan pihak penganjur untuk berdebat," kata Dr Chua kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di ibu pejabat parti itu di ibunegara hari ini.

    

Forum berjudul "Politik Rakyat Malaysia Keturunan Cina Di Persimpangan Jalan" dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    

Semua parti politik berasaskan kaum Cina masing-masing dalam BN dan pihak pembangkang telah dipelawa membentangkan pencapaian mereka pada forum tersebut.

    

Selain pemimpin parti politik, penceramah lain pada forum itu termasuk wakil-wakil dari NGO.

- Bernama

ADS