Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng gesa PM bayar RM500, RM100 tiap tahun
Diterbitkan:  Feb 11, 2012 2:04 PM
Dikemaskini: Feb 12, 2012 2:15 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menjadikan bayaran RM500 tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah, sebagai satu program tahunan.

najib lim guan eng cycle event 250911 3 Ketika membuat gesaan tersebut hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim

Guan Eng berkata, ia bagi membuktikan bahawa Najib ikhlas membantu rakyat, dan bukan hanya berbuat demikian untuk menang pilihan raya.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata bayaran tersebut, yang masing-masing berjumlah RM1.8 bilion bagi 3.4 juta isirumah dan RM550 juta untuk 5.5 juta pelajar, adalah tidak besar berbanding dengan pembaziran kerajaan.

Katanya, anggaran RM1, 077 bilion wang haram dibawa keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.

Ini, dakwanya, adalah tambahan kepada skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhah Klang (PKFZ), skandal RM52 bilion saham bumiputera dan yang terbaru kontroversi RM250 juta membabitkan National Feedlot Corporation.

NONE Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata adalah lebih baik bagi kerajaan memulangkan kembali wang kepada rakyat "yang yang amat memerlukan bantuan sepanjang masa inflasi yang tinggi dan hutang isirumah yang melambung tinggi", dan bukan membazirkannya dalam projek yang dilanda skandal.

Menurutnya lagi, harga beberapa komoditi asas telah melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan kesusahan kepada jutaan rakyat Malaysia:

- Gula: RM1.45/kg (Januari 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) - 58% dalam tempoh 18 bulan.

- Telur: Gred B RM9 bagi 30 butir telur (September 2010) kepada RM10 untuk 30 telur (sekarang).

- Bawang: Harga naik 17% sejak Disember 2010.

- Cukai perkhidmatan: Meningkat 1%,  tambahan RM720 juta dalam bentuk cukai kepada kerajaan persekutuan.

- Teh tarik dan kopi susu: Meningkat RM0.10 kepada RM0.20 (9.1% kepada 18.2%).

- Tarif elektrik: Peningkatan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.

- Roti Gardenia: kenaikan 5% kepada 14% (2011).

Lim berkata peningkatan kadar inflasi menyebabkan tahap hutang isirumah yang tinggi, seperti Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isirumah Malaysia pada akhir tahun 2010 ialah RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK.

[Baca berita penuh]

ADS