Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui terdapat percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi berkata perbezaan itu sebagai "perkara biasa" dan bukan "satu masalah besar".

"Ya, (percanggahan itu) perkara biasa. Pakatan melihat perbezaan (pandangan) itu ada, dan mengutamakan titik persamaan untuk menubuhkan kerajaan yang adil untuk rakyat seluruhnya. Dan kita terima titik persamaan dalam konvensyen Pakatan Rakyat.

"(Percanggahan) itu, tidak besar. Dalam Umno ada percanggahan pendapat, antara Tun Dr Mahathir dengan perdana menteri. Ada percanggahan pendapat dalam MCA bahkan ada krisis.

"Kita bercanggah, tapi tidak krisis... Kita utamakan perubahan dalam negara terlebih dahulu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat.

pakatan convention alor setar abdul hadi awang Abdul Hadi mengulas perbezaan pendapat antara partinya dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel dan negara Palestin.

Justeru, katanya, beliau akan memohon penjelasan dari Anwar yang juga adalah ketua umum PKR bagi meleraikan percanggahan mereka.

Abdul Hadi sebelum ini, dalam tulisan dalam blognya menegaskan sejak PAS ditubuhkan tidak mengiktiraf "negara haram" Israel kerana merampasnya dari rakyat Palestin.

Anwar pula ketika ditemuramah oleh Asian Wall Street Journal didakwa mempertahankan Israel.

NONE Bagaimanapun, dalam kenyataan balasnya,  Anwar berkata, pandangannya itu sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan kembali bahawa PAS mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara sah dan Israel adalah sebuah negara haram dan ia sejajar dengan pandangan gerakan Islam yang lain.

Oleh itu, katanya, beliau akan memohon penjelasan lanjut daripada Anwar, dalam satu kesempatan yang lain, memandangkan beliau baru sahaja pulang dari luar negara.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan bermesyuarat minggu ini.

ADS