Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Alih fokus pada peranan k'jaan dalam skandal NFC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu membekalkan ahli-ahli parlimen dengan minit mesyuarat syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sebelum sesi Parlimen baru bermula bulan depan.

NONE Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang membuat gesaan itu hari ini, berkata pendedahan berkenaan akan membuktikan kegagalan kerajaan dalam skandal tersebut, yang setakat ini hanya  memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna RM250 juta pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap ahli parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalid "Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," katanya.

Menurut beliau, pendedahan laporan berkenaan  amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui lebih-lebih lagi membabitkan  seorang menteri.

Malah kata Mahfuz, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.

Katanya, empat jawatankuasa ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau projek NFC itu.

"Jika jawatankuasa ini telah melakukan kerja mereka dan (menyelia) bagaimana pinjaman dibelanjakan apabila ia diberikan secara berperingkat-peringkat, mereka sepatutnya menghentikan pinjaman, namun mereka tidak berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

NONE Antara jawatankuasa itu, kata Mahfuz adalah Jawatankuasa Pemandu Projek Pusat Fidlot Negara yang diketuai oleh menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sekarang ini timbalan perdana menteri.

"(Beliau mempengerusikan) jawatankuasa itu untuk memantau projek ... jika projek itu gagal, ia adalah kerana mereka gagal memantaunya," kata Mahfuz.

Pada sidang akhbarnya itu, Mahfuz juga mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati keluarga Shahrizat supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan NFC.

NONE "Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.

"Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," katanya lagi.

Menurut Mahfuz, pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.

[Baca berita penuh]

ADS