Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR berkata kenyataan setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang meluahkan sokongan kepada debat terbuka seharusnya merintis jalan untuk perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Menurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ( kiri ) hari ini, beliau berharap Tengku Adnan boleh berperanan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perdebatan berkenaan.

"Saya percaya ini bukan komen secara sambil lewa dan saya mengalu-alukan keterbukaan sedemikian oleh BN yang mahu pemimpinnya berbahas dengan kami.

"Di pihak Anwar, kami mengulangi jemputan untuk perbahasan. Kami berharap Tengku Adnan boleh bertindak bagi pihak Najib supaya menganjurkan debat di antara kedua-dua pemimpin besar itu," katanya.

The Star hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan, yang juga setiausaha agung Umno, berkata parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan itu seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Tengku Adnan dilaporkan sebagai berkata perdebatan adalah sesuatu yang "menyihatkan".

[Baca berita penuh]

ADS