Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penganjur protes ke atas industri pemprosesan nadir bumi Lynas berkeras mahu menggunakan padang Majlis Perbandaran Kuatan (MPK) ketika perhimpunan mereka pada 26 Februari.

Pengerusi jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Wong Tuck berkata MPK juga sebagai penjawat awam sepatutnya menjalankan tugas mereka mengikut ketetapan.

NONE "Mana-mana penjawat awam sepatutnya mengikut SOP dan bukannya mengikut apa-apa pengaruh, sama ada politik atau pengaruh gelap.

"Kita rasa ada pengaruh gelap di belakang MPK tapi kita tidak tahu daripada mana," katanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Terdahulu, Wong mempersoalkan sama ada terdapat individu yang memanipulasi situasi berkenaan memandangkan Himpunan Hijau 2.0 kini ditegah daripada menggunakan padang tersebut

Satu surat yang diterimanya daripada MPK menyatakan bahawa pihak berkuasa itu"tidak dapat mempertimbangkan" permohonan untuk menggunakan padang tersebut tanpa surat sokongan polis.

Katanya, beliau akan merayu keputusan MPK yang menyatakan demikian dalam surat yang diterimanya Isnin lalu.

"(Tapi) saya fikir (surat sokongan polis) tidak perlu," katanya yang menjelaskan Himpunan Hijau 2.0 berhak untuk menggunakan padang tersebut.

Polis juga telah memanggil jawatankuasa tersebut untuk mengadakan pertemuan berhubung perhimpunan tersebut, petang ini.

Namun, difahamkan jawatankuasa itu akan menangguhkan perjumpaan berkenaan memandangkan surat untuk pertemuan itu hanya diterima lewat petang semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar China Press melaporkan bahawa polis di Kuantan telah meletakkan notis sekitar padang dan bandar Kuantan malam tadi, meminta maklum balas orang ramai mengenai perhimpunan tersebut.

109 kuantan green solidarity 091011 21 Notis yang bertujuan memberitahu orang ramai berhubung perhimpunan yang dijadualkan itu juga meminta pihak-pihak yang berkepentingan untuk menulis kepada polis jika mereka mempunyai sebarang soalan ataupun bantahan.

Ini adalah langkah baru di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 yang memberi kuasa kepada polis untuk menentukan butir-butir perhimpunan termasuk tarikh, masa dan tempoh selepas mempertimbangkan maklum balas daripada pihak yang berkepentingan.

[Baca berita penuh]

ADS