Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RCI Projek IC diluluskan tapi belum diumum
Diterbitkan:  Feb 23, 2012 12:20 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Kerajaan pada dasarnya telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat projek IC tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan.

cpps 9mp forum 240408 wilfred madius tangau Justeru, kata setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau, pemimpin negeri Sabah tidak bimbang apabila  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke Sabah minggu lalu, tidak mengumumkan perkara berkenaan.

Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Februrari telah meluluskan penubuhan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan.

"Kabinet membuat keputusan pada 8 Februari dan hari ini hanya 22 Februari. Kami telah berjuang membuat tuntutan itu sekian lama, jadi apa salah tunggu satu atau dua minggu lagi untuk menunggu pengumuman itu?

"Saya difahamkan bahawa kabinet juga telah membincangkan bidang rujukan (suruhanjaya itu)," kata kata Tangau yang juga bekas ahli parlimen Tuaran.

Penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak adalah isu yang amat penting, dan oleh itu katanya, terma suruhanjaya itu tidak boleh diputuskan pada hanya satu mesyuarat sahaja.

[Baca berita penuh]

ADS