Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR dakwa penyenaraian FGVH 'skim berniat jahat'

Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia adalah "skim berniat jahat" yang bertujuan mengurangkan pegangan peneroka dalam Felda Holdings yang kaya dengan tunai, kata PKR.

NONE Ini kerana menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, dengan penyenaraian itu, semua aset Felda akan dipindahkan ke FGVH, yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan peneroka tidak lagi akan mempunyai suara dalam perniagaan dan aktiviti operasi berkenaan.

Lebih-lebih lagi, katanya, pelabur lain juga dijemput membeli saham dalam FGVH.

"Kami anggarkan bahawa apabila ini berlaku, ekuiti Felda Holdings yang dipegang oleh peneroka dan kakitangan Felda akan dikurangkan daripada 51 peratus sekarang kepada paling tinggi 42.7 peratus selepas penyenaraian.

"Ini menjadikan mereka pemegang saham minoriti," kata Rafizi dalam  sidang medianya di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Mengulas cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mahu membentuk sebuah syarikat khas (SPV) dalam urusan penyenaraian itu, Rafizi berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan berniat jahat.

isa samad interview 150509 “Kalau mereka mahu menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia tanpa membabitkan KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad) ini bermakna mereka mengkhianati peneroka dan kakitangan Felda.

“Ia juga bertentangan dengan undang-undang,” katanya lagi.

Semalam, Isa bertegas mahu menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia walaupun tanpa membabitkan KPF.

Untuk tujuan itu, Isa berkata syarikat khas akan ditubuhkan bagi menyalurkan keuntungan FGVH kepada peneroka.

Rafizi berkata, kerajaan seharusnya mendapatkan persetujuan KPF yang mempunyai pegangan saham 51 peratus dalam Felda Holding Berhad sekiranya mahu memindahkan keseluruhan pegangan itu kepada FGVH.

[Baca berita penuh]

ADS