Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis pelantikan anggota exco Kedah 28 Feb
Diterbitkan:  Feb 23, 2012 4:10 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan Selasa depan di Istana Anak Bukit di Alor Setar.

    

azlan Penolong Setiausaha (Pengurusan Korporat) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Noor Akmar Mohd Omar, berkata majlis itu akan bermula pada jam 9.30 pagi dan dijangka berlangsung selama dua jam.

    

Beliau berkata majlis akan dimulakan dengan acara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah oleh anggota exco diikuti dengan pengurniaan tauliah pelantikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

    

Noor Akmar berkata istiadat penganugerahan bintang-bintang serta pingat-pingat kebesaran sempena dengan perayaan ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84 akan diadakan selepas itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS