Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda Umno hari ini mengadakan perhimpunan depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel.

NONE Bermula jam 4 petang, kira-kira 100 orang berkumpul di pejabatnya di Tropicana dengan membawa bendera Umno, BN dan Palestin setelah hujan lebat sebelumnya.

Pelbagai kain rentang turut dipamerkan, antaranya yang bertulis "PKR + Anwar = Keldai Israel".

Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid kemudiannya cuba menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun pejabat PKR ketika itu ditutup dan pegawainya juga tiada, dipercayai berada di Kuantan untuk urusan pemukiman tiga hari mereka. [Baca berita penuh]

NONE Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PKR sebelum itu membuat laporan polis berhubung sebaran maklumat yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan itu.

"Kita minta polis memberi pengawasan seberapa segera dan ambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kerosakan harta benda, jika benar ia berlangsung," katanya kepada Malaysiakini .

Laporan itu dibuat Timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

ADS