Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'MPPP tidak akan saman, biar rakyat hakimi Jessie

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atau membentangkan sebarang usul terhadap ketua beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi dalam mesyuarat penuh MPPP hari ini.

Selepas mesyuarat itu, ahli majlis Ong Ah Teong berkata mereka memutuskan untuk tidak akan mengambil tindakan terhadap Jessie.

"Kami memilih untuk menumpukan perhatian memberi khidmat kepada rakyat memandangkan Ooi terus menerus memutarbelit dan mengubah kata-kata dan dakwaannya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh ahli-ahli majlis.

Ong berkata ahli majlis sebulat suara mencapai persetujuan tersebut kerana "kasihankan" Jessie yang menurutnya, nampaknya seperti tidak menyedari apa yang dia mahu, apabila dia membuat dakwaan tersebut.

"Biarkan rakyat menghakimi sikapnya. Kami memutuskan untuk tidak membazirkan dana awam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Apa yang kita tahu ialah ini merupakan taktik kotor MCA untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan mengaitkan MPPP.

"Kami menerima kritikan dan cadangan yang boleh meningkatkan perkhidmatan MPPP demi kebaikan rakyat Pulau Pinang, tetapi kami tidak akan menerima fitnah dan pembohongan mengenai kakitangan kami yang bekerja keras untuk memastikan bandaraya ini dalam keadaan baik," tegasnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS