Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP desak tubuh PSC kaji loji Lynas di Gebeng

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan DrTan Seng Giaw mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan yang bernilai RM700 juta.

dap kl parliament pc 140308 tan seng giaw "Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Tan yang juga ahli parlimen Kepong itu berkata kerajaan mengambil berat pandangan rakyat, dan melihat semula isu pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah, Perak.

Katanya, berkata sisa bahan yang melibatkan Lynas dan Bukit Merah suatu ketika dahulu, mempunyai persamaan iaitu mengandungi sisa 'thorium' dan ia dipercayai menyebab berlakunya leukemia di kawasan sekitar.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu.

himpunan hijau 2 260212 dap supporter Sementara itu, tokoh Lim mengingatkan kerajaan jika mengabaikan suara rakyat, ia akan memberi kesan terhadap undi kepada mereka.

"BN kata mereka yakin untuk mengekalkan semua kerusi di Pahang, tetapi hari ini mereka diberi amaran bahawa lebih banyak kerusi mereka akan kalah selagi rakyat mengambil berat tentang alam sekitar dan pengurusan kerajaan yang baik," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS