Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

NONE Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.

"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini.

NONE Buat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf sebagai jawatan berdasarkan perlembagaan persekutuan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim-hakim, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan.

[Baca berita penuh]

ADS