Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar
Diterbitkan:  Feb 27, 2012 5:09 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

NONE Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri ( kanan ) berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh - menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya Dr MiM .

Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam, tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.

adam chew kwong wah jit poh journalist with blood on fingers Chew, 29, dilapor dibelasah dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan.

Rakan sekerjanya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew ( kanan ) mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama "samseng" yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media propembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.

ADS