Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat malam tadi memutuskan untuk mengadakan satu pertemuan dengan kepimpinan PAS Kedah termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat lebih tiga jam, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub ( bawah ) berkata pertemuan tersebut untuk menyelesaikan isu perlantikan exco yang berlaku di negeri itu.

salahudin ayub and pas Katanya mesyuarat tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Alor Setar. Bagaimanapun tempat akan dimaklumkan kemudian.

"Kita akan adakan pertemuan mahabah di antara kedua-dua belah pihak, antara YB Ustaz Azizan dan pihak YB Datuk Phahrolrazi untuk menyelesaikan masalah ini.

"Pada malam ini, kita bersetuju, apa perkara yang akan dibincangkan, insya-Allah kita akan bincang pada Sabtu malam Ahad ini di Alor Setar," katanya.

Turut hadir dalam sidang media ringkas kira-kira 5 minit itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Presiden akan turun ke Kedah

Mohamad berkata pihaknya telah berbincang dan mengambil pandangan yang diutarakan dengan "penuh harmoni dan mesra" serta mengambil berat apa yang berlaku di negeri itu.

azlan "PAS Pusat akan turun ke Kedah untuk berdialog dengan (Badan) Perhubungan PAS, ADUN-ADUN, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda.

"Kita akan semua pandangan dan Insya-Allah penyelesaian yang baik, sedang diatur oleh kami," kata Mohamad ( atas ).

Menurutnya, pihaknya yakin "penyelesaian" dapat dicapai secepat mungkin.

Katanya, semua jawatankuasa pusat PAS akan hadir dalam pertemuan Sabtu ini termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh yang enggan mengangkat sumpah menyambung menjadi exco turut dijemput hadir dalam pertemuan tersebut.

"Tunggu (hasil) perbincangan kami (Sabtu nanti)," kata Mohamad yang didesak berhubung sama ada kedua-dua exco tersebut menerima jawatan itu ataupun tidak.

Salahudin berkata ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah juga hadir dalam mesyuarat khas malam tadi.

ADS