Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramli: SPRM guna watak 'curiga' bagi perangkap saya

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mendedahkan lebih banyak pengalamannya berhubung cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang didakwa menggunakan seorang penjenayah bagi memerangkap dan mengenakan tuduhan terhadap dirinya.

ramli yusuff asset declare case 120310 02 Pada mesej sempena hari jadinya Rabu lalu, bekas pegawai kanan Bukit Aman itu berkata SPRM menggunakan kenyataan daripada seorang watak yang mencurigakan ketika lelaki itu masih dalam tahanan mengikut Ordinan Darurat, sebagai asas untuk membuat tuduhan terhadapnya.

"Bayangkan, SPRM bergantung kepada dakwaan oleh watak yang mencurigakan itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan kemudiannya ditukar kepada kediaman terhad, dan akhirnya  dibebaskan selepas memperolehi kerjasamanya bagi memerangkap saya dengan membuat dakwaan bahawa pada 1999 saya diberi wang rasuah melalui seorang pegawai.

"Semua dakwaan ini datang dari sumber yang terbabit dalam jenayah terancang, termasuk pinjaman wang haram (ah long), loteri haram, pelacuran dan pengedaran dadah di Johor.

"Nota keterangan di (prosiding) mahkamah menunjukkan dengan jelas bahawa semua tuduhan-tuduhan ini adalah palsu semata-mata," katanya.

Malah, kata Ramli, SPRM, tidak berani mengemukakan lelaki itu di mahkamah sebagai saksi untuk membuktikan kenyataan berkenaan.

Namun, katanya, beliau didakwa hanya berdasarkan keterangan penjenayah berkenaan yang menurut SPRM bahawa terdapat asas untuk mewajarkan suatu notis untuk mengisytiharkan aset.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 talk "Tiada apa-apa jua boleh menjadi lebih dashyat daripada apa yang dilakukan kepada saya," katanya.

Khamis lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Ramli menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan SPRM cuba memerangkapnya serta orang-orangnya.

[Baca berita penuh]

ADS