Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat perlu bangkit, tolak Pakatan, kata Ahmad Zahid
Diterbitkan:  Mar 4, 2012 3:19 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Rakyat perlu bangkit dan menolak pemerintahan kerajaan Pkatan Rakyat yang sering bergolak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata krisis pentadbiran seperti yang berlaku di Kedah bukan perkara baru malah lumrah dalam pentadbiran negeri dikuasai Pakatan.

lim guan eng submarine ride 091211 ahmad zahid "Saya fikir soal di Kedah adalah satu yang lumrah dalam pentadbiran sebuah negeri Pakatan, dulu ada komplot di Selangor yang mahu menjatuhkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Masalah politik ini saya fikir banyak lagi yang kita tidak ketahui di negeri-negeri berkenaan dan inilah masa kita bangkit semula dan kita tolak Pakatan termasuk di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri di Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis pentadbiran erajaan PAS Kedah selepas dua exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula ke jawatan masing-masing.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pembangkang yang sebelum ini membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan BN jelas gagal mentadbir dengan baik apabila memperoleh peluang berkenaan.   

"Parti pembangkang ini jelas apabila peluang diberikan kepada mereka, mereka sebenarnya lebih buruk daripada tuduhan yang dikenakan kepada BN," katanya.

Justeru, katanya, rakyat perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan bahawa parti itu memerintah dengan lebih baik dan mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.

    

- Bernama

ADS