Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO anjur demo tanah adat Sabah 12 Mac
Diterbitkan:  Mar 5, 2012 1:41 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Sekumpulan NGO akan mengadakan perhimpunan besar berhubung isu tanah adat di Sabah - yang didakwa kritikal dengan masalah pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan - pada 12 Mac ini.

NONE Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) berkata, himpunan "123 Bangkit" itu akan disertai kumpulan NGO dan aktivis parti politik.

"123 Bangkit adalah bersempena tarikh 12 Mac 2012 yang juga merupakan tarikh kebangkitan rakyat menghadapi (Ketua Menteri Sabah) YAB Datuk Seri Musa Aman," kata setiausaha TABAH Lahirul Latigu.

Lahirul yang juga ketua Pemuda PAS Sabah berkata, isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah.

Memetik statistik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2005-10, Lahirul berkata, Sabah mencatatkan aduan tertinggi sebanyak 977 kes berbanding Semenanjung Malaysia (654 kes) dan Sarawak (251 kes).

"Angka ini menunjukkan Sabah berada di kedudukan yang agak kritikal mengalami masalah ini," katanya sambil mendakwa perhimpunan sama dua tahun lalu berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Lahirul berkata, pada 18 November tahun lalu, TABAH sudah menyerahkan memorandum berkaitan kepada kerajaan negeri tetapi Musa didakwa tidak menunjukkan komitmen.

TABAH ditubuhkan pada 12 Mac tahun lalu bagi membantu menyelesaikan masalah tanah, terutama isu berkaitan tanah adat.

ADS