Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 30 penduduk Green Town di Cameron Highland hari ini tiba dengan sebuah bas ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya bagi menyatakan sokongan terhadap tiga rakan mereka yang didakwa selepas menghalang kerja-kerja pemaju.

Ditemani pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), mereka menyerahkan memorandum menuntut pendakwaan terhadap tiga penduduk - B Suresh Kumar, S Nagarajan dan S Thanabalan - digugurkan sebelum perbicaraan pada 26 Mac.

NONE "Pemaju yang jalankan kerja penolakan tanah tidak mempunyai lesen. Tuduhan (terhadap mereka) ini tidak adil kerana apa kita risau ialah risiko tanah runtuh...

"Jika tuduhan tidak digugurkan, kita akan guna kuasa rakyat. Kita akan protes," katanya Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dalam sidang media selepas menghantar memorandum.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam jabatan itu Mohamad Amsyari Mohamad Suhaimi.

Pada 13 Oktober tahun lalu, tujuh buah keluarga bertindak menghalang kerja penolakan tanah di Green Cow oleh pemaju Ng Yeet Ng.

Bagaimananun hanya tiga daripada mereka didakwa bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan. Nagarajan pula turut menghadapi pertuduhan tambahan bawah seksyen 506 kanun yang sama.

Kes itu akan dibicarakan di Mahkahmah Majistret Cameron Highlands pada 26 dan 27 Mac ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS