Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam merayakan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, dua ahli politik dari Selayang bersaing melakukan yang terbaik untuk menarik sokongan dengan mengedarkan buah tangan serta menggesa kaum wanita memainkan peranan lebih besar bagi menjamin kesaksamaan jantina.

Saingan politik - ADUN PKR Rawang, Gan Pei Nei dan Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi - 'menjelajah' kawasan tersebut, untuk mengedar bunga dan buah-buahan kepada penduduk.

NONE Dengan mengambilkira hampir separuh penduduk Malaysia terdiri

daripada wanita, Gan ( kanan dalam gambar ) berkata sudah tiba masanya bagi kaum wanita memperlihatkan kesungguhan dalam urus tadbir dan pentadbiran.

Gan - seorang aktivis pelajar dan kemudiannya menjadi pejuang hak asasi manusia - dicalonkan bertanding di bawah tiket PKR di Rawang dalam pilihan raya umum 2008.

"Harapan saya ialah kita mahu kaum wanita tampil dan memainkan peranan dalam membuat keputusan. Contohnya, kita ada lima exco dalam kerajaan negeri, yang merupakan 40 peratus tetapi di dewan (undangan negeri) pula hanya terdapat tujuh wakil rakyat (wanita) daripada sejumlah 56 orang.

"Wanita perlu diberi kuasa untuk melindungi hak-hak mereka dan itulah sebabnya kita perlu meningkatkan penyertaan dari akar umbi dan masyarakat," kata Gan, yang juga naib presiden Wanita PKR.

"Masih terdapat banyak cabaran, disebabkan sistem patriarchal yang masih dominan di negara ini," tambahnya.

Kajian ke atas sikap wanita terhadap politik

Oleh kerana Malaysia telah mengesahkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita, Gan menggesa kerajaan segera mengenakan dasar anti-diskriminasi bagi memastikan kesaksamaan dalam semua peringkat pentadbiran.

NONE Gan hari ini mengedarkan 500 kuntum bunga dan gula-gula di pasar pagi yang terletak di tengah-tengah bandar dan disambut penduduk, khususnya wanita, untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Kehadiran beliau diambil kesempatan oleh beberapa penduduk untuk mengadu masalah mereka yang dihadapi di kawasan perumahan.

Ditanya mengenai peluangnya memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang, dengan Ooi disebut-sebut akan bertanding menentangnya, Gan berkata: "Adalah benar bila orang kata calon wanita lebih popular, tetapi hari ini ia bukan sahaja mengenai jantina. Pengundi mahu tahu bagaimana calon itu boleh menyumbang kepada masyarakat."

Lawatan Gan juga memulakan projek perintis PKR, satu kajian persepsi di kalangan wanita untuk mengukur kecenderungan mereka terhadap politik.

"Kajian itu akan dijalankan sehingga April dan keputusannya akan diumumkan pada bulan Mei. Kami mensasarkan 1,000 responden daripada usia 21 hingga 65 tahun," katanya.

jessie ooi walkabout 080311 3 Sementara itu, saingan politik Gan dari BN, Ooi ( kanan dalam gambar )

berkata wanita amat sesuai dalam menyokong peranan pemimpin lelaki.

 

"Wanita lebih berhati-hati, jadi kita boleh menyokong kaum lelaki dalam peranan kepimpinan dan menjadi pelengkap kepada mereka. Saya percaya kita kaum wanita boleh menyumbang kepada negara," kata penyelaras Parlimen Selayang itu kepada Malaysiakini ketika mengunjungi klinik kerajaan.

 

Bagaimanapun, beliau juga berkata wanita boleh memainkan peranan kepimpinan bergantung kepada bidangnya, dan menyuarakan harapannya agar lebih ramai wanita menyertai politik.

 

Ooi, yang meraih populariti selepas perdebatan bersejarah MCA-DAP bulan lepas, berkata beliau akan kempen untuk pengangkutan yang lebih baik jika beliau dipilih sebagai calon dalam pilihan raya.

 

Ooi mengunjungi lima klinik kerajaan untuk menyumbangkan buah-buahan dalam hamper yang berwarna-warni kepada pesakit wanita dan kakitangannya.

jessie ooi walkabout 080311 4 Seratus lagi hamper tambahan terpaksa disediakan selepas 300 hamper sebelumnya habis diedarkan.

 

"Sewaktu perayaan Hari Ibu tahun lepas saya beri bunga. Wanita hamil ingin jadi sihat, maka saya beri buah-buahan, "katanya.

 

Ooi, yang ditemani pemimpin BN tempatan, disambut kakitangan perubatan sebelum dibawa meninjau di sekitar klinik di Selayang Baru dan Rawang, serta mengagihkan sumbangan kepada mereka dan para pesakit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS