Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas polis kanan gesa siasat semula kes Altantuya
Diterbitkan:  Mar 9, 2012 4:29 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Antantuya Shaariibuu kerana khuatir terdapat "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes tersebut.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 lead Malah, tegasnya, polis juga berkuasa untuk menjalankan siasatan berasingan dalam kes tersebut tanpa perlu menerima arahan mahupun menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau mendakwa terdapat "banyak perkara tidak kena, penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

Dua lagi tertuduh dalam kes berkenaan, Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata polis mempunya kuasa dan juga justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka sedaya upaya untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul

Gani Patail pun tidak boleh (halang). Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

NONE “Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi dalam kenyataan kerasnya hari ini.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dijatuhi hukuman itu.

[Baca berita penuh]

ADS