Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua hakim digesa campur tangan hukuman Hoslan
Diterbitkan:  Mar 9, 2012 5:28 PM
Dikemaskini: 12:23 PM

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang hari ini menuntut Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria campurtangan dalam hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein yang melempar selipar ke arah hakim Mahkamah Persekutuan.

pakatan convention alor setar lim kit siang Lim ( kanan ) berkata, tindakan itu wajar kerana insiden itu berlaku pada 22 Februari, lebih dua minggu sebelum beliau tiba-tiba dipanggil dan dihukum pada 8 Mac.

"Adakah Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria akan campur tangan terhadap hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan yang keras dan berlebihan terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut, meringankan hukuman demi belas ehsan?" tanya Lim.

Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim.

Pegawai alam sekitar yang mempunyai tujuh anak itu turut mendapat julukan 'imam BERSIH" kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.

[Baca berita penuh]

ADS