Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

NONE "Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika d this morning. saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan untuk melancarkankempen jom 100 untuk mencapai 100 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Maria menganggap larangan ke atasnya itu sebagai satu percubaan untuk menghalang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Sarawak bagi memantau pilihan raya umum ke-13.

"Jika kerajaan negeri tidak menyembunyikan apa-apa, mengapa larang anggota kami?" soalnya, sambil menambah ianya juga melanggar haknya untuk berpesatuan.

April tahun lalu, pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandunya, Whong Chin Huat serta bekas ahli jawatankuasa tersebut, Harris Ibrahim juga dilarang memasuki Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS