Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aliran baru pengundi India pada BN
Diterbitkan:  Mar 11, 2012 4:23 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Penganalisis politik berpendapat sokongan pengundi India akan memberi kesan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Walaupun pengundi India hanya mewakili 1.9 juta atau 7.3 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, tetapi kehadiran mereka begitu bermakna bagi 63 daripada 67 kerusi parlimen di semenanjung Malaysia.

Menurut Bernama , Pakatan Rakyat mendapat manfaat besar daripada peralihan sokongan pengundi India apabila hanya 8.3 peratus daripada 72.4 peratus pengundi kaum itu yang menyokong BN pada PRU 2004.

Pada PRU 2008 pula menyebelahi Pakatan kerana terpengaruh dengan isu yang dimainkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).

Bagaimanapun, satu arah aliran baru dikesan muncul ketika ini iaitu sokongan kaum India terhadap BN semakin meningkat, hasil daripada beberapa tindakan oaktif yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara penting yang membabitkan kaum India seperti sekolah Tamil, kuil Hindu dan pendidikan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata, keputusan beberapa pilihan raya kecil sejak 2008 yang melibatkan kawasan Bukit Selambau, Bukit Gantang, Bagan Pinang dan Hulu Selangor jelas menunjukkan peningkatan sokongan kaum India terhadap BN.

Beliau turut mengaitkan perkembangan itu dengan kesediaan Najib menangani isu penting yang membabitkan masyarakat India dan ia akan berterusan hingga PRU akan datang terutama hasil peranan penting yang dimainkan NGO berasaskan kaum India dalam memantau pencapaian negeri yang ditadbir .

Selain itu, Sivamurugan berkata, dilihat gagal memenuhi harapan NGO berasaskan kaum India, yang begitu berpengaruh dalam mengalih undi kepada Pembangkang pada 2008

Selepas tahun 2008, Hindraf berpecah kepada lima kumpulan. Satu kumpulan menyebelahi DAP, dua lagi membentuk Parti Makkal Sakti dan Parti Hak Asasi Manusia (HRPM) yang tidak didaftarkan, manakala selebihnya bergiat sebagai NGO.

"Daripada lima kumpulan itu, HRPM merupakan kumpulan paling berpengaruh dan sekiranya parti ini menyertai PRU akan datang, ia mampu memecah sokongan terhadap BN dan .

"BN perlu memanfaatkan kedudukan kukuh Najib dalam kalangan masyarakat India ketika ini dengan meyakinkan kaum itu bahawa setiap undi mereka untuk BN bererti merupakan undi untuk Najib juga," katanya.

Bagi Ketua Pemuda MIC, T Mohan berkata, beliau juga mengesan kewujudan angin perubahan positif terhadap BN sejak kebelakangan ini dan menganggarkan MIC kini mendapat sokongan daripada 60 hingga 65 peratus masyarakat India.

"Perkembangan positif ini berlaku kerana pelbagai faktor, antaranya perubahan dalam kepimpinan parti, pertambahan jumlah pembiayaan untuk sekolah Tamil, pemberian lebih banyak tempat kepada pelajar India untuk mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi dan kejayaan Najib menghapuskan sebahagian besar rasa tidak puas hati kaum itu melalui ogram 1Malaysia.

"Walaupun beberapa isu masih belum selesai, tetapi saya yakin MIC akan mencatat kejayaan hampir dengan apa yang dicapai pada 2004 dan menjangka 70 peratus hingga 75 peratus kaum India akan menyokong BN sekiranya parti gabungan itu meletakkan calon yang sesuai, dengan syarat tiada pihak membuat kenyataan yang boleh melukakan hati masyarakat," katanya.

Bagaimanapun, naib pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berkata, beliau menolak tanggapan bahawa BN semakin mendapat sokongan masyarakat India sambil berkata ia sesuatu yang tidak berasas.

"Pakatan telah mengajak MIC berbahas tentang isu berkaitan kaum India seperti perbahasan antara Lim Guan Eng (setiausaha agung DAP) dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (esiden MCA). Keengganan mereka (MIC) menunjukkan mereka tidak mendapat sokongan.

"Mereka memang bernasib baik sekiranya menang atau dapat mengekalkan tiga kerusi parlimen yang mereka sandang sekarang," katanya.

Kulasegaran berkata lagi, banyak isu asas seperti kadar pengangguran yang tinggi, keadaan sekolah Tamil yang menyedihkan, ketiadaan pinjaman pelajaran atau biasiswa dan penyertaan rendah kaum India dalam pasaran ekuiti, masih belum ditangani sepenuhnya.

"Saya percaya masyarakat India lebih suka kepada kerana sikap terbuka serta kesediaannya bersuara untuk mereka dan dalam menangani keperluan mereka.

"Pakatan sanggup melantik seorang India sebagai Timbalan Ketua Menteri Pertama di Pulau Pinang dan seorang Speaker dalam Dewan Undangan Negeri Perak," katanya.

Sementara itu, Ketua Felo Penyelidik, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, beliau percaya Hindraf sudah hilang keterampilannya akibat perbalahan dalaman yang dialaminya.

Beliau juga berpendapat sebahagian besar masyarakat kelas bawahan merupakan menyokong BN, manakala masyarakat kelas pertengahan dan atasan pula menyokong pembangkang.

"Walaupun MIC mempunyai peluang lebih cerah pada PRU akan datang berbanding pada 2008, perkara ini hanya akan menjadi kenyataan sekiranya parti berkenaan meletakkan calon yang berfikiran terbuka serta disenangi masyarakat lain," katanya.

ADS