Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penduduk Sg Lembing dekat Kuantan hari ini mengadakan perhimpunan membantah cadangan pembuangan sisa radioaktif di lombong tinggal di kawasan mereka.

Disertai kumpulan anti Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) -- Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) -- kira-kira 300 orang berkumpul di pasar pagi kawasan itu sambil melaungkan pelbagai slogan seperti "Hancur Lynas, hidup rakyat" dan "Stop Lynas, save Malaysia" (hentikan Lynas, selamatkan Malaysia).

sg lembing lynas protest 110312

Bantahan itu berlangsung sehari selepas Menteri Besar Pahang Datuk SeriAdnan Yaakob menggelar wartawan harian Cina sebagai "bodoh" kerana melaporkan kenyataannya berhubung isu itu.

Menurut SMSL, penduduk tempatan bimbang cadangan itu menjejaskan ekonomi dan industri pelancongan setempat yang baru berkembang di Sg Lembing.

[Baca berita penuh]

ADS