Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP cabar Najib siasat kelakuan Peguam Negara
Diterbitkan:  Mar 12, 2012 11:05 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

Perdana Menteri dicabar menubuhkan sebuah tribunal kehakiman berhubung dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya ‘menganiaya’ pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

najib and ghani patail gani Ini berikutan dakwaan rasuah dan pencabulan undang-undang berhubung kes pada tahun 2007 yang dikatakan melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Johari Baharom telah tidak melalui Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tetapi sebaliknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh.

Dalam kenyataan medianya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tribunal kehakiman perlu ditubuhkan bukan sahaja untuk menyiasat Gani, tetapi juga Musa dan juga Ketua Pengarah BPR ketika itu Datuk Zulkipli Mat Noor yang telah menyiasat perkara itu dan membersihkan nama antara satu sama lain.

gani patail musa hassan and anwar black eye incident "Kepentingan awam menuntut bahawa seharusnya ada inkuiri kehakiman bukan sahaja menyiasat hingga ke akar umbi kejadian pada tahun 2007 yang dilakukan oleh pegawai peringkat tertinggi kerajaan, termasuk tuduhan serius salah guna kuasa oleh Peguam Negara sehingga menjejaskan undang-undang tetapi juga bukti baru yang menunjukkan Ramli dan pegawai polis yang lain dijadikan mangsa, begitu juga dengan mengenai insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ke bekas pengerusi MAS Tan Sri  Tajudin Ramli," katanya.

Ramli mendakwa memiliki bukti baru dalam kedua-dua kes, kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasatan.

Abdul Gani didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 talk Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh tetapi dibebaskan tahun lalu.

Johari juga dituduh melakukan amalan rasuah dan disoal-siasat oleh BPR, tetapi akhirnya dibersihkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS