Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen cuba elak soalan penyelesaian Tajudin Ramli

Dewan Rakyat hari ini menolak empat soalan yang berhubung dengan penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia Tan Sri Tajudin Ramli dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dengan alasan bahawa soalan berkenaan adalah sub-judis.

Soalan-soalan berkenaan ditolak atas hujah bahawa ia mungkin memberi implikasi kepada kes-kes lain yang masih dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan beberapa kes tertunggak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Soalan yang ditolak itu adalah daripada ahli parlimen DAP Lim Guan Eng (Bagan), Lim Lip Eng (Segambut), Jeff Ooi (Jelutong) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara). Ia bersalingkaitan dengan  arahan kerajaan kepada GLC bagi menamatkan perbalahan yang telah lama berlarutan.

"Soalan-soalan ini adalah penting ... kita ingin tahu rasional dan manfaat kepada rakyat berhubung penyelesaian di luar mahkamah jutaan ringgit yang Tajudin telah diarahkan untuk membayar oleh Mahkamah Tinggi," kata Lim pada sidang akhbarnya  di lobi Parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS