Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR telah membuat dakwaan terbaru bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah dibilkan bagi urusan peribadi Datuk Seri Najib Razak, kali ini melibatkan RM79,053 untuk majlis sambutan hari jadi beliau.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun dan makanan Barat. [Baca berita penuh]

 

NONE

ADS