Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lebih banyak soalan dilemparkan ke atas syarikat projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang dilanda kontroversi. Kali ini, berhubung kehilangan pajakan pasaraya syarikat itu di Singapura.

NONE Akhbar harian Singapura, Straits Times hari ini melaporkan bahawa pajakan untuk Farmhouse Supermarket di pusat membeli-belah di Rochester telah dibatalkan kerana premis berkenaan gagal disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Ahli parlimen pembangkang Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), yang memetik laporan itu, berkata bahawa pasar raya seluas 25,000 kaki persegi tersebut sepatutnya terletak di tingkat dua pusat membeli-belah berkenaan.

Pua menuntut jawapan mengenai jumlah wang yang telah dilaburkan dalam projek peruncitan itu dan sama ada kerugian akan ditanggung oleh syarikat ternakan lembu NFC yang menerima pinjaman mudah dari kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS