Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Michelle Yeoh dianugerah 'Legion of Honour' Perancis
Diterbitkan:  Mar 16, 2012 2:58 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Artis Malaysia, Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan darjah 'Legion of Honour', iaitu anugerah tertinggi Perancis untuk orang awam, dalam satu upacara di Paris pada hari Rabu.

    

Anugerah itu disampaikan Presiden Perancis Nicholas Sarkozy di Elysee Palace iaitu kediaman rasmi presiden, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris hari ini.

    

Turut hadir di majlis itu ialah michelle yeoh gets award from french president france 2 isteri Presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac iaitu isteri kepada bekas Presiden Jacques Chirac, serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Di upacara itu, Zarkozy menyampaikan anugerah 'Legion of Honour' dan 'The Order of Merit'  kepada 11 personaliti daripada dunia seni dan hiburan.

Selain Michelle, turut menerima anugerah 'Legion of Honour' ialah komposer Jean-Michel Barre dan pereka fesyen Jean-Claude Jitrois.

    

Menurut kenyatan itu, 'Legion of Honour' yang merupakan darjah tertinggi Perancis mengandungi lima darjah dan dianugerahkan kepada lelaki dan wanita,

baik rakyat Perancis atau warga asing, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada Perancis atau isu yang disokong negara itu.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS