Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'gor bawa peguam London bantu atasi kes air
Diterbitkan:  Mar 18, 2012 4:04 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Kerajaan negeri Selangor melantik sebuah firma perundangan antarabangsa yang berpangkalan di London, dalam usaha kebuntuan yang sedang dihadapi dalam usaha mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri itu.

Menurut kenyataan dari pejabat sekretariat negeri hari ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan rundingan itu.

khalid ibrahim pc 171111 “Kami amat serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang digubal kerajaan Pusat Barisan Nasional. Akta ini membenarkan perjanjian konsesi ditamatkan sekali gus membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

“Kami kesal dengan keengganan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk melaksanakan akta yang mereka sendiri gubal. Sikap yang ditunjukkan Kerajaan Pusat ini berbaur kronisme dan lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding  kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.

Kemelut air di selangor tercetus apabila Puncak Niaga Holdings Bhd dan anak syarikatnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak mampu menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diketuai oleh PKR.

Abdul Khalid berkeras mahu mengambil alih syarikat itu dalam usaha menyusunnya semula mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air kerana mendakwa Syabas gagal memenuhi ketetapan dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi air.

Syarikat itu juga dikatakan enggan membenarkan akaunnya diaudit.

azlan Syabas dikuasai oleh Puncak Niaga, yang diterajui pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail yang mempunyai hubungan kukuh dengan Umno, enggan berganjak dan mendakwa harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi mengambil alih projek itu adalah terlalu rendah.

“Sebagai firma perundangan yang dihormati, kita berharap mereka (peguam di London) dapat menggunakan pengalaman undang-undang untuk menguruskan situasi seperti ini,” kata Abdul Khalid.

Beliau juga berbincang mengenai cabaran menghadapi industri perkhidmatan air di Selangor bersama sekumpulan sarjana di Pusat Pengajian Islam Oxford.

“Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi penyebab kepada kegagalan ini. Kontrak konsesi sepatutnya diberikan secara tender terbuka- satu istilah mudah tetapi sukar dilaksanakan jika tiada yang serius membanteras gejala rasuah.

“Di Selangor, syarikat konsesi dipilih bukan kerana kepakaran dalam industri air mahupun kerana kewangan kukuh. Tidak hairanlah jika mereka gagal teruk.

“Kerajaan Pusat cuba memperbetulkan keadaan ini menerusi WSIA tetapi selepas berlaku perubahan kerajaan negeri pada 2008, Kerajaan Pusat sengaja menangguhkan dan mensabotaj pelaksanaan akta ini.

“Ini bukti nyata kebajikan jutaan rakyat menjadi korban demi kepentingan politik,” katanya lagi.

ADS