Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal: Sultan Pahang patut campur tangan isu Lynas

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah perlu campur tangan untuk menghalang kilang Lynas daripada beroperasi di negeri itu, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.

karpal singh pc penang 180312 Katanya, tindakan itu demi kepentingan rakyat negeri itu.

"Sebagai contoh, semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong menjemput pihak penganjur ke istana untuk meminta mereka untuk berhimpun di tempat lain, demi kepentingan awam," katanya.

Menurut beliau, sukar untuk mempercayai, bahawa loji Lynas akan dibenarkan untuk beroperasi di Gebeng, yang hanya 40km dari Kuantan.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa terpilih parlimen (PSC) tidak akan menyelesaikan isu-isu yang terus membara itu kerana penduduk sekitar cukup kuathir dengan bahan buangan radioaktif yang akan dijana oleh kilang Lynas.

"Ia hanya bermakna bahawa kerajaan persekutuan mahu mengekalkan kuasa mereka berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir," katanya.

NONE Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PSC berhubung Lynas akan mengadakan  perbincangan dengan orang ramai untuk memastikan bahawa isu itu difahami dengan jelas tetapi jawatankuasa itu tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai nasib projek berkenaan.

Kumpulan pelobi anti-Lynas Himpunan Hijau 2.0 telah berkata PSC itu sebagai tidak diperlukan dan hanya gimik oleh kerajaan untuk melenggahkan usaha menangani isu berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS