Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk risau pencemaran cyanide jejas kesihatan

Penduduk kampung di Bukit Koman, Raub cemas apabila baru-baru ini mendapati tompokan serbuk kuning di sekitar kampung mereka.

 

NONE Selain menderita daripada bau busuk sepanjang hari, penduduk kampung juga kuathir, aktiviti perlombongan emas di kawasan itu yang menggunakan cyanide - sejenis bahan kimia berbahaya, tiga tahun lalu - mula menunjukkan tanda-tanda pencemaran.

Lebih merisaukan apabila ada di antara mereka mengalami penyakit kulit, mata dan masalah pernafasan yang semakin kronik.

Menurut blog terbaru daripada ahli jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman Liew Kou Yoong, 76, tompokan serbuk kuning juga dijumpai pada kereta, pintu rumah dan kawasan sekitar rumah mereka.

bukit koman anti cynide mining 240212 02 Seorang lagi penduduk kampung, Chong Pei Har, mendapati tompokan kuning, yang bersaiz sehingga 8mm diameter, pada keretanya petang Sabtu lalu.

Menurut blog itu, sejak aktiviti perlombongan emas dimulakan, burung merpati, burung gagak, dan cicak, serta sayur-sayuran yang ditanam di kampung itu mati dan tidak menjadi.

Penduduk kampung mengesyaki kematian itu dan bau busuk khususnya pada waktu malam, serta penyakit yang dialami mereka ada kaitan dengan pencemaran cyanide.

Pengerusi jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman Wong Kin Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa tompokan kuning itu adalah sisa daripada pelepasan operasi perlombongan.

NONE Bergantung kepada arah angin, menurutnya, titik kuning biasanya kelihatan di atas tanah, bumbung rumah, kereta dan pagar rumah selepas hujan.

Katanya, walaupun fenomena yang juga berlaku pada masa lalu, ia hanya menarik perhatian penduduk kampung baru-baru ini

Mereka juga telah memaklumkan kepada wakil rakyat mereka dan jabatan kesihatan berhubung mereka.

[Baca berita penuh]

ADS