Jumpa Osama satu penghormatan, kata Yazid

WAWANCARA Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat berkata beliau diberi nama jolokan "CEO anthrax" oleh para pengalanisis ekoran penglibatannya dalam al-Qaeda -- kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Yazid dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu sekadar ketawa apabila menceritakan semula perihal mengenai nama jolokan tersebut.

"Jika anda baca perkara yang mereka tulis mengenai saya, ianya sangat mengagumkan. Tapi (apa yang saya buat) tak ada apa pun," katanya.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan oleh pemerhati, seperti yang diutarakan seorang pengarah pusat kajian keganasan di Nanyang Technological University, Dr Rohan Gunaratna.

Gunaratna sebelum ini dipetik akhbar The Straits Times pada Disember lalu – sejurus selepas Yazid dibebaskan daripada tahanan ISA – menyifatkan bekas kapten tentera itu sebagai "salah seorag pengganas paling berbahaya di Asia."

Dalam laporan majalah Time sebelum ini, Gunaratna juga menyifatkan Yazid sebagai seorang pemimpin kanan kumpulan al-Qaeda.

Carian mudah melalui Google antara lainnya akan menemukan maklumat mengenai Yazid sebagai seorang militan, pembuat bom, pakar sejata biologi dan juga seorang yang paling lama ditahan bawah ISA.

US soldier Taliban hostage AfghanistanBeliau bagaimanapun tidak mengendahkan gelaran dan juga pandangan orang mengenai dirinya.

“Jika orang mahu tulis perkara buruk (mengenai saya), mereka akan tulis perkara buruk. Jika mereka mahu tulis perkara baik, (mereka tulis perkara baik). Ini hanyalah persepsi.

"Saya tidak peduli. Mengapa saya perlu bersembunyi? Nama saya Yazid Sufaat. Saya tidak lakukan apa-apa yang salah. Saya tak saya bersalah langsung," katanya sambil ketawa.

Katanya lagi, beliau digelar "CEO Anthrax" kerana beliau hanya memegang ijazah pertama Bachelor of Science.

"Tapi pelajar saya ada PhD, pemegang ijazah Sarjana," katanya yang menjelaskan bahawa pelajarnya itu merupakan anggota al-Qaeda yang kini merupakan tahanan di Guantanao Bay.

NONEJelasnya, beliau mengetahui demikian apabila pegawai FBI telah menunjukkan gambar individu berkenaan ketika beliau dalam tahanan di Kem Kamunting.

Yazid juga mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda – Osama bin Laden – ketika beliau berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001.

“Tentulah saya telah bertemu beliau, ianya satu penghormatan untuk bertemu beliau? Berapa orang yang (sudah berbuat demikian)?," katanya.

Malah, Osama juga telah menasihati beliau supaya meninggalkan negara itu apabila Kabul tewas ke tangan tentera bersekutu dalam serangan November 2001, kata Yazid.


Wawancara dengan Yazid Sufaat merupakan salah satu daripada siri yang akan disiarkan sempena pemansuhan ISA. Rang undang-undang pemansuhan ISA akan dibawa ke Parlimen dalam sesi yang sedang berlangsung.

 

Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Aidila Razak dan Salhan K Ahmad.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.