Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB T'ganu terus dikecam
Diterbitkan:  Mar 20, 2012 11:45 AM
Dikemaskini: 4:35 AM

Kumpulan mahasiswa dan pembangkang hari ini terus mengecam tindakan kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman enam penuntut universiti di Mesir antaranya kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada tahun lalu.

NONE Bagi Pemuda PAS, tindakan itu berpunca daripada 'semangat' Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dalam diri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi "pak turut".

"Ternyata sebagai seorang menteri besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah," kata naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ( kanan ) yang mempertahankan "niat suci" mahasiswa terlibat.

Pemuda PAS juga berkata, pihaknya bersedia menawarkan khidmat guaman sekiranya mahasiswa yang didakwa teraniaya itu memerlukannya.

Menteri besar pada 18 Mac lalu berkata, kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut Ahmad, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) pula menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu itu dangkal, melampau dan bermotif politik.

"Ironinya, ketika mahasiswa Malaysia sama ada dalam atau luar negara diharamkan terlibat dengan politik, khususnya yang tidak sehaluan dengan kerajaan, sehingga hari ini Kelab Umno Luar Negara yang disertai oleh mahasiswa Malaysia masih gah.

"Malah tidak pernah kedengaran mereka dikenakan tindakan undang atas tuduhan terlibat dengan politik," kata Presiden GAMIS Akram Ikrami Taib Azamudden.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS