Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM diminta jelaskan status siasatan harta Azmin
Diterbitkan:  Mar 20, 2012 4:55 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lalu mengenai harta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isterinya.

anuar shaari permatang pauh leave pkr 270307 sad Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, bahawa pada 17 Nov 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM.

"Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Anuar berkata, bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu. Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya.

- Bernama

ADS