Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amah: M'sia harap Indonesia hormati perjanjian
Diterbitkan:  Mar 21, 2012 9:35 PM
Dikemaskini: 10:58 PM

Malaysia berpegang kepada perjanjian yang telah dibuat dengan Indonesia mengenai pengambilan pembantu rumah dan menegaskan 'satu amah, satu tugas' bukan sebahagian daripada perjanjian itu.

    

NONE Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata Indonesia diharap dapat kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai dan menghormati apa yang telah ditandatangani.

    

"Kita mahu apa-apa yang dipersetujui di dalam memorandum persefahaman (MoU) akan diamalkan di mana pembantu rumah akan terus melaksanakan semua jenis pekerjaan yang dipersetujui walaupun di atas satu gaji.

"Malaysia tetap dengan pendirian awal untuk mematuhi apa yang dipersetujui oleh kedua-dua negara dan kita hanya akan berpandukan pada MoU yang telah dimeterai itu," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman kenaikan kadar pencen Perkeso di ibunegara hari ini.

    

Beliau berkata Malaysia tetap menerima kemasukan pembantu rumah Indonesia pada April ini mengikut perjanjian persefahaman yang dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.

indonesian maid domestic workers "Rakyat Malaysia sering memilih pembantu rumah dari Indonesia atas pelbagai sebab termasuk bahasa dan itu faktor mengapa kita mahu MoU ini dipatuhi oleh kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun Malaysia tidak semestinya perlu bergantung hanya kepada satu sumber pembekalan pembantu rumah sahaja dan boleh melihat kepada potensi amah yang juga berkualiti dari negara lain.

"Ada pembantu rumah dari negara lain yang boleh dipertimbangkan seperti dari Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Sri Lanka dan India," katanya.

    

Beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk memilih pembantu rumah dari negara mana yang mereka mahu serta rasa bersesuaian dan tidak semestinya dari Indonesia.

    

"Saya pasti ada ejen pembantu rumah yang akan dan sudi menolong bakal majikan untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara lain jika ada permintaan.

Indonesian domestic helpers maids "Memang ada negara yang belum pernah membekalkan pembantu rumah, tetapi jika negara itu mahu, mereka akan diberikan visa dan dibenarkan untuk bekerja dalam negara selepas MoU dimeterai," katanya.

Dr Subramaniam berkata sekiranya pengurangan pembantu rumah berlaku dalam jangka masa panjang nanti, Malaysia juga akan mengubah polisinya mengikut situasi, sesuai dengan keadaan ketika itu.

    

"Kita tidak tahu apa akan berlaku pada tahun-tahun akan datang dan selagi ada bekalan kita tidak berhadapan dengan masalah tetapi jika ia berlaku (pengurangan), kita akan lihat bagaimana cara untuk kita mengurusnya," katanya.

Baru-baru ini laporan dari Jakarta, Indonesia memetik Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman sebagai berkata seorang amah hanya menjalankan satu tugas dengan gaji RM700.

- Bernama

ADS