Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Cheras: Pandangan Kamalia positif
Diterbitkan:  Mar 23, 2012 1:14 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Umno bahagian Cheras menyifatkkan kenyataan Naib Ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya, sebagai "ada juga positifnya".

NONE Ketuanya Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshi ( kanan ) berpendapat pandangan Kamilia itu mewakili suara akar umbi dan Kamilia tidak mempunyai agenda tertentu.

"Saya percaya pandangan Kamalia adalah ikhlas dan beliau bercakap demi kebaikan parti," katanya yang disiarkan blognya semalam.

Sehubungan itu, Syed Ali menggesa semua ahli UMNO terutama pergerakan Wanita menghormati pandangan Kamalia yang membuat gesaan itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star semalam.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu Pusat Fidlot Nasional yang dikaitkan dengannya.

'Berlumba tunjuk kekuatan'

Kenyataan Kamilia bagaimanapun dikecam lima pemimpin pergerakan itu di peringkat negeri dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak pernah dibincang dalam kepimpinan Wanita.

NONE Mengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana mendakwa terdapat sesetengah Wanita Umno "mula berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan tersendiri".

"Sepatutnya Wanita Umno harus tumpukan kepada kawasan masing-masing, tak payah nak berlawan antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ali yakin Kamalia bersedia mendengar dan menerima apa sahaja yang bakal dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Petang ini Najib akan bertemu dengan kepimpinan Wanita semua peringkat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Cheras antara bahagian Umno paling lantang menuntut pengunduran Shahrizat selain bekas ketua Wanita Tan Sri Rafizah Aziz.

ADS