Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu: Najib 'paling tidak berani' hadapi lobi Israel

PAS kesal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya "paling tidak berani" menghadapi lobi Amerika Syarikat dan Israel apabila menghentikan import minyak mentah daripada Iran.

Timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu menyifatkan bahawa langkah Malaysia itu juga kini meletakkan Iran sebagai salah sebuah negara musuh.

"Tindakan Malaysia hentikan import minyak mentah Iran ini satu perkara yang tunjukkan kelemahan Malaysia bawah pimpinan Najib.

NONE "Kita kesal sangat sedangkan Malaysia berpengaruh dalam (Pertubuhan Persidangan Islam) OIC," katanya lagi dalam satu sidang media petang di ibu pejabat PAS hari ini.

Sedangkan, tambahnya, kerajaan telah mengakui bahawa Malaysia menggunakan khidmat firma penasihat Israel, Apco dan turut mengadakan perniagaan dengan Israel.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas satu kenyataan Najib bahawa Malaysia akan menghentikan import minyak mentah daripada negara itu bermula April – dua bulan sebelum sekatan AS ke atas negara itu berkuatkuasa.

"PM ini paling tidak berani, saya tidak sebut penakut, dalam menghadapi lobi Amerika dan Israel," katanya lagi.

Laporan sebelum ini memetik Najib sebagai berkata, import minyak mentah negara daripada Iran sebanyak kira-kira 50,000-60,000 tong sehari "hanya jumlah yang kecil."

Empat pembeli terbesar minyak mentah Iran ke rantau Asia – sebanyak 2.6 jutsa tong sehari ialah ialah China, India, Jepun dan Korea Selatan.

ADS