Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada laporan polis, Wee maafkan 'penyerangnya'

Tiada laporan polis akan dibuat terhadap orang yang telah dituduh mengacu penumbuk ke muka Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu perhimpunan di Kajang semalam.

Wee memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa beliau telah "memaafkan" orang yang cuba menumbuknya itu.

"Saya telah memilih untuk memaafkan mereka...," katanya sambil menambah beliau sudah bersedia berdepan dengan yang terburuk.

Wee berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya beliau membuat laporan polis berhubung serangan tersebut.

Pakatan Rakyat mendakwa beberapa laporan berita memetik Wee sebagai berkata orang yang menumbuknya adalah penyokong pembangkang, sementara yang lain melaporkan bahawa orang berkenaan adalah ahli DAP.

Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS