Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman Anwar terhadap Wee didengar 10 Sept
Diterbitkan:  Mar 29, 2012 12:45 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 12 September ini untuk mendengar perbicaraan kes saman RM10 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong yang didakwanya telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah.

    

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Anwar, J. Leela dan Datuk Ben Chan yang mewakili Wee, semasa pengurusan kes.

    

Pada 18 April 2008, Anwar memfailkan saman dengan mendakwa Wee telah megeluarkan kata-kata fitnah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap pada 2007.

    

Beliau mendakwa perkataan fitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk "parti-parti pada kempen terakhir mereka" yang dimuatkan dalam lamanweb Malaysiakini.

    

Anwar mendakwa perkataan fitnah oleh Wee itu adalah disengajakan dan dilakukan dengan niat jahat.

- Bernama

ADS