Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PKR bukan parti terlemah dalam Pakatan'
Diterbitkan:  Mar 31, 2012 11:29 AM
Dikemaskini: 7:46 AM

PKR bukan parti terlemah dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya yang terkuat antara semua sehingga ia menjadi tumpuan serangan BN di media arus perdana, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Azmin Ali dinner Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir setiap hari menjadi berita utama di kaca televisyen seperti RTM dan TV3.

Bercakap dalam majlis makan malam di Kota Kinabalu, Azmin juga berkata, sokongan Sabah pada pembangkang berkembang pesat selepas mereka mengumumkan Buku Jingga versi Sabah yang memasukkan 19 isu-isu penting negeri.

Turut hadir dalam majls itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman, timbalan speaker Selangor Haniza Talha dan ramai lagi wakil rakyat daripada semenanjung.

ADS