Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kiraan KDN buat MP DAP keliru
Diterbitkan:  Apr 3, 2012 9:35 AM
Dikemaskini: 1:40 AM

Satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada soalan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching - mengenai jumlah kematian dalam tahanan - menunjukkan ada sesuatu tidak betul dalam kiraan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam Jawapan pada 29 Mac itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 14 orang mati dalam tahanan pada tahun 2009.

teo nie ching and nurul lodge report mcmc over anwar obscene mms 260312 04 Tetapi 14 orang itu "terdiri daripada tiga orang yang mati dalam

penjara, tujuh dalam tahanan polis dan 17 di depot tahanan Imigresen".

"Saya benar-benar keliru selepas membaca jawapan bertulis itu: 14 = 3 + 7 + 17?" soal Teo (kanan) di halaman Facebooknya, di mana jawapan bertulis itu turut dimuatkan.

Kekeliruan aritmetik itu berterusan dengan menteri berkenaan mencatatkan bahawa 13 orang mati dalam penjara pada 2010 - iaitu, "seorang di penjara, sembilan dalam tahanan polis dan 18 di depot tahanan Imigresen."

Manakala pada tahun 2011, kesnya adalah "17 mati dalam tahanan polis dan 18 di depot tahanan Imigresen" menjadikan jumlah besarnya "21 kematian".

Punca kematian ialah "HIV/AIDS dan penyakit lain seperti batuk kering, Hepatitis C, asma dan sakit jantung."

[Baca berita penuh]

ADS