Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah mendakwa beliau telah diserang awal pagi ini oleh dua orang lelaki yang dipercayainya ada kaitan dengan penempatan semula pasar Serdang.

NONE Ketika dihubungi hari ini, Ean Yong berkata, beliau mengalami

kecederaan ringan akibat serangan tersebut. Seorang penyerang menampar mukanya, manakala yang seorang lagi memegang tangannya, katanya.

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran bersebelahan dengan pusat servis exco tersebut di Serdang, Selangor, selepas jam 12 pagi ini.

Ean Yong, dari DAP, berkata beliau membuat laporan polis dan juga telah memaklumkan kepada polis bahawa beliau mengenali penyerangnya.

Ean memberitahu satu sidang akhbar bahawa salah seorang yang didakwa menyerangnya, ditangkap selepas beliau membuat laporan polis.

NONE Ean juga menunjukkan kepada wartawan klip video selama lima minit

kejadian tersebut yang dirakamkan CCTV yang dipasang di restoran tersebut.

Video itu menunjukkan dua lelaki datang ke restoran itu pada jam 12.10 pagi. Seorang daripadanya, yang berpakaian merah, mengangkat tangannya ke muka Ean, manakala seorang lagi kelihatan memegang tangannya.

Ean ketika itu bersama lebih 20 ahli parti dan pemimpin masyarakat setempata. Sebahagian daripada mereka datang membantunya  selepas dua penyerangnya beredar.

Dalam laporan polisya, Ean Yong berkata kejadian itu membuatkan beliau merasakan keselamatannya terancam.

Ean berkata beliau mengenali lelaki yang berpakaian merah itu kerana pernah berjumpa dengannya ketika berurusan berhubungan penempatan semula pasar di Serdang beberapa tahun yang lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS