Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar: Zambry patut dedah semua dokumen Vale
Diterbitkan:  Apr 7, 2012 5:34 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mendedahkan semua dokumen dan minit mesyuarat berkaitan kontroversi projek bijih besi di Lumut untuk memberikan gambaran sebenar berhubung penglibatannya.

NONE "Zambry tidak harus secara terpilih mendedahkan maklumat kepada awam.

"Gambaran yang cuba diberikan bahawa Zambry itu terbaik, separuh benar, dan paling teruk secara terang-terangan memutarkan kebenaran," kata Nizar dalam kenyataan hari ini.

Isu pelaburan pusat pengagihan bijih besi Vale timbul apabila Nizar mendakwa tidak pernah menyokongnya ditempatkan di Teluk Rubiah, Lumut dan mencabar Zambry untuk mendedahkan bukti sokongannya.

Kerajaan negeri kemudian mengelaskan semula surat yang ditandatangani Nizar ketika menjadi menteri besar yang didakwa menyatakan sokongannya terhadap pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.

Nizar berkata dokumen itu hanya menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini menyokong projek itu yang menurutnya dicadangkan di tapak lain iaitut Tanjung Hantu.

"Tanjung Hantu, kira-kira 45km daripada Teluk Rubuah dan kawasan itu sudah dinyahhutankan, dengan penduduk yang minimum.

"Tanah yang dicadangkan juga milik negeri. Kita tetap tegas dengan pendirian itu," kata Nizar.

[Baca berita penuh]

ADS