Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TI-M seru AG berundur daripada kes balak Sabah

Badan pemerhati Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengundur diri daripada membuat keputusan mengenai pendakwaan ke atas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu pembalakan di negeri itu.

Presiden TI-M Paul Low memberi alasan, mungkin wujud konflik kepentingan dalam kes berkenaan kerana Gani dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan Musa.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiapkan laporan ke atas Musa tetapi tiada dakwaan dibawa ke atasnya.

"Ia kelihatan seolah-olah Musa mempunyai hubungan dengan Gani oleh itu Gani perlu mengundur diri dan menyerahkan keputusan pendakwaan kepada orang lain di Pejabat Peguam Negara," kata Low ketika dihubungi.

Khamis lalu, laman Sarawak Report dalam laporannya mendakwa memiliki dokumen SPRM yang menunjukkan bahawa siasatan ke atas Musa mendapati ketua menteri itu mengeluarkan lesen balak bernilai berjuta ringgit kepada adiknya, menteri luar Datuk Seri Anifah Aman.

Laman berpengkalan di London itu juga mendakwa Gani enggan membenarkan tuduhan dibuat ke atas MUSA dan siasatan SPRM itu telah dihalang dan hasil siasatan suruhanjaya itu didakwa disimpan secara sulit.

[Baca berita penuh]
ADS