Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bicara saman Anwar pada Utusan 18 Julai
Diterbitkan:  Apr 10, 2012 4:40 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Selasa menetapkan 18 Julai dan 12 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan seorang lagi berhubung komen beliau melalui BBC.

Hakim Datuk V T Singgam menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Utusan dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak serta peguam Latheefa Koya bagi pihak Anwar.

Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman tersebut terhadap Utusan dan Abdul Aziz kerana mendakwa kedua-dua defendan telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Plaintif menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.

- Bernama

ADS