Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kelakuan gambarkan pembangkang mahu republik'
Diterbitkan:  Apr 17, 2012 2:18 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Kelakuan pemimpin pembangkang dalam majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong - yang didakwa mempersenda raja-raja Melayu - menunjukkan akan ada usaha membentuk negara republik, kata PERKASA.

NONE "Kami tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam Balairung Seri Istana Negara mengikuti pertabalan Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Kalau dapat pastinya kami rasa gembira dan bertertib mengikut majlis tersebut.

"Bukan seperti wakil rakyat pakatan pembangkang yang telah diberi keistimewaan hadir dalam Balairung Seri Istana Negara pada majlis tersebut, (mereka) bukannya nak tertib bahkan mengejek dan mempersendakan Raja-Raja Melayu, termasuk juga mengejek PM yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

"Kita anggap mereka penderhaka pada raja-raja Melayu dan hilang kesetiaan pada negara. Mungkin secara perlahan-lahan mereka akan jadikan negara ini negara republik jika berkuasa," kata pemimpinnya Abdul Rahman Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara, Abdul Rahman berkata, PERKASA menentang habis-habisan usaha itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan naib presiden parti itu Tian Chua bagaimanapun dilaporkan menafikan dakwaan itu hari ini dengan mendakwa ia hanya serangan peribadi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.

[Baca berita penuh]

ADS