Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR tiada kuasa buang bendera luar waktu kempen
Diterbitkan:  Apr 19, 2012 11:08 AM
Dikemaskini: 8:53 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemasangan bendera BN di stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibantah oleh PAS dan kumpulan NGO.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya hanya mempunyai kuasa bertindak sekiranya bendera atau bahan kempen dipasang dalam tempoh berkempen setelah pilihan raya diisytiharkan.

azlan "Selain daripada masa itu pihak berkuasa yang lain mempunyai kuasa seperti (Majlis) Bandaraya Shah Alam atau pihak berkuasa tempatan kawasan berkenaan," kata Abdul Aziz melalui SMS kepada Malaysiakini .

Beliau diminta mengulas pemasangan bendera BN di beberapa tempat di Shah Alam yang dikesan bermula semalam.

Langkah itu dikaitkan dengan arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed ( bawah ) supaya membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera parti itu di keseluruhan 28 stesen Komuter seluruh negara.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin Mohamed Tindakan itu mengundang kritikan PAS yang kini memutuskan mengambil tindakan sama dengan memasang bendera mereka manakala Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) beranggapan tindakan itu "kebudak-budakan."

Mohd Zin yang juga bekas menteri kerja raya itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan itu tetapi berpendapat ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS